KG BECA PUTRAJAYA
Antara tarikan baru di Putrajaya, Kg. Beca. Lokasi di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya. Senang je nak cari tempat ni kalau guna WAZE atau GOOGLE MAPS. Juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi).
Dekat sini banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Sambil-sambil bersantai di tepi tasik, boleh juga kayuh basikal dan beca. Macam-macam jenis basikal ada. Basikal bentuk kereta pun ada. Boleh dinaiki seisi keluarga.
Selain itu, ada jugak gerai jual bubble, tempat permainan kanak-kanak dan arnab untuk dibelai dan main.
Masa hujung minggu ada juga peniaga-peniaga CAR BOOT SALES. Tapi mungkin sebab masih baru tak berapa ramai lagi peniaga di sini. Kalau tak silap, sewa tapak RM35 sehari. Jadi, sesiapa yang berminat boleh la cuba meniaga sambil-sambil memeriahkan Kg. Beca ni.
Kemudahan awam seperti tandas dan surau juga disediakan di sini. Alhamdulillah, bersih dan terjaga.
Jadi apalagi, datang la bersantai di Kg Beca. Saya ke sana waktu petang, waktu malam mungkin lebih meriah lagi.
Ini sahaja untuk hari ini, moga dapat memberi idea kepada anda semua ke mana hendak beriadah di hujung minggu.
Comments
Post a Comment