Kota Damansara Community Forest Reserve

Fuhh!!! Hari ini saya dan suami berkesempatan jungle tracking di Hutan Simpan Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve - KDCF).

Asalnya nak jungle tracking dengan kawan encik suami, alih-alih kawannya tak dapat datang. Jadi kami apa lagi redah saja la. Ikut saja pengunjung-pengunjung yang lain.

Kami tiba jam 7.45 pagi, dan ramai jugak yang ada waktu ini. Parking penuh. Semua ambil kesempatan cuti umum sempena Pertabalan Agong hari ini.

Bermulalah perjalanan kami dari entrance section 10. Ada entrance lain juga untuk jungle tracking di sini. Cuaca alhamdulillah redup sepanjang perjalanan.  Permulaan perjalanan agak santai sebab trek landai dan tak perlu mendaki sangat. Perjalanan agak mencabar apabila laluan trekking terhalang dek pokok tumbang. Bermulalah aksi panjat memanjat. Perjalanan diteruskan dan akan berselisih dengan ramai pengunjung termasuk yang berbasikal off road dan yang ingin pulang. Semuanya peramah belaka dan sentiasa bertegur sapa.

Setelah berjalan sejauh 4km, cabaran baru adalah mendaki bukit untuk ke Puncak Denai Tiga Puteri. Setelah mendaki sejauh 500m maka sampailah kami ke puncak. Menuju puncak!!! Macam lagu AF pulak.

Pemandangan dari puncak tidak seperti pemandangan dari bukit bukau gunung ganang lain. View nya highway PLUS!!! Hehehe...apapun memang seronok bila dah sampai ke puncak. Lepak sekejap, bergambar, minum kemudian kami mulakan perjalanan pulang. Perjalanan pergi balik dalam 9km!!!

Apapun, it was a good exercise towards healthy living. Badan memang berpeluh, lencun! Kalau nak comparekan dengan Bukit Broga, Broga lebih banyak mendaki dan mencabar. KDCF lebih santai. Kami berjaya habiskan trekking jam 11.30 pagi.

Dari pemerhatian dan hasil borak dengan pengunjung lain, tidak digalakkan berjungle trekking sendirian sebab ada monyet liar (sepanjang perjalanan saya tak jumpa, alhamdulillah). Kalau nak trekking sendirian juga dinasihatkan bawa kayu hiking atau tongkat untuk keselamatan. Satu lagi yang perlu dititik beratkan adalah kebersihan. Sampah kelihatan bertaburan ditepi tong sampah yang penuh di puncak bukit. Jadi, pada saya pengunjung patut ambil inisiatif untuk bawa pulang sampah masing-masing pulang. Sama-samalah kita jaga kebersihan tempat riadah kita.

Itu sahaja yang ingin saya share. Semoga memberi manfaat buat semua!

Comments

Popular posts from this blog

KG BECA PUTRAJAYA

When was the last time you did something for the first TIME?