Posts

Map dulu vs kini

Image
Hari ni saya ada road trip dgn husband ke arah utara. Sesambil duduk dlm kereta tu mula la tangan belek-belek apa yang ada dalam kereta. Almaklum la jauh perjalanan. Sekali ternampak peta-peta lama. Dulu...inilah asset yg penting bila travel...sblm zaman GPS, waze, googlemaps, etc... Skrg...ia terkubur dlm kereta... siapa yg pernah guna map ni mmg hebat! Tidak pernah sesat pun! 😉 #petamalaysia #caraorangdulu

Kota Damansara Community Forest Reserve

Image
Fuhh!!! Hari ini saya dan suami berkesempatan jungle tracking di Hutan Simpan Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve - KDCF) . Asalnya nak jungle tracking dengan kawan encik suami, alih-alih kawannya tak dapat datang. Jadi kami apa lagi redah saja la. Ikut saja pengunjung-pengunjung yang lain. Kami tiba jam 7.45 pagi, dan ramai jugak yang ada waktu ini. Parking penuh. Semua ambil kesempatan cuti umum sempena Pertabalan Agong hari ini. Bermulalah perjalanan kami dari entrance section 10. Ada entrance lain juga untuk jungle tracking di sini. Cuaca alhamdulillah redup sepanjang perjalanan.  Permulaan perjalanan agak santai sebab trek landai dan tak perlu mendaki sangat. Perjalanan agak mencabar apabila laluan trekking terhalang dek pokok tumbang. Bermulalah aksi panjat memanjat. Perjalanan diteruskan dan akan berselisih dengan ramai pengunjung termasuk yang berbasikal off road dan yang ingin pulang. Semuanya peramah belaka dan sentiasa bertegur sapa. Setelah ber...

KG BECA PUTRAJAYA

Image
Antara tarikan baru di Putrajaya, Kg. Beca. Lokasi di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya. Senang je nak cari tempat ni kalau guna WAZE atau GOOGLE MAPS. Juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi). Dekat sini banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Sambil-sambil bersantai di tepi tasik, boleh juga kayuh basikal dan beca. Macam-macam jenis basikal ada. Basikal bentuk kereta pun ada. Boleh dinaiki seisi keluarga. Selain itu, ada jugak gerai jual bubble, tempat permainan kanak-kanak dan arnab untuk dibelai dan main. Masa hujung minggu ada juga peniaga-peniaga CAR BOOT SALES. Tapi mungkin sebab masih baru tak berapa ramai lagi peniaga di sini. Kalau tak silap, sewa tapak RM35 sehari. Jadi, sesiapa yang berminat boleh la cuba meniaga sambil-sambil memeriahkan Kg. Beca ni. Kemudahan awam seperti tandas dan surau juga disediakan di sini. Alhamdulillah, bersih dan terjaga. Jadi apalagi, datang la bersantai di Kg Beca. Saya ke sana waktu petang, waktu malam mungk...

Merempit di Sewing Gallery One City

Image
Assalammualaikum w.b.t Dah dua hari merempit di Sewing Gallery One City. Bukan merempit motor tau, tapi belajar menjahit. Tekan-tekan pedal mesin jahit pun macam rempit jugak! Hehehe... Alhamdulillah, maka terhasil la lady pouch dan book cover. Lady pouch ni banyak kegunaannya. Boleh guna untuk letak barang make up, letak alat tulis, telekung travel, letak dompet dan macam-macam lagi la. Buatnya mudah sangat. Book cover ni terhasil dari jeans terpakai. So, sesiapa yang ada jeans yg dah tak muat ke, koyak atau lusuh, jangan buang tau...macam2 boleh buat dengan kain jeans ni. Kalau nak saya jahitkan pun boleh aja! Dari sepasang seluar jeans saya dapat hasilkan dua book cover. Satu untuk buku nota, satu lagi untuk novel! Apa yang menariknya bila kita jahit sendiri? Pertama, tentulah kepuasan sebab ianya hasil karya kita. Keduanya, kita boleh pilih apa saja material yang kita suka. Ketiga, boleh ikut bajet kita. Kadang-kadang kita teringin nak pakai ala-ala famous designer brand tapi ...

When was the last time you did something for the first TIME?

Assalammualaikum w.b.t FIRST TIME, PERTAMA KALI ...semua orang akan alaminya kan? First time ke sekolah. First time ke universiti. First time bercinta. First time gagal. First time berjauhan dari keluarga. First time bekerja. First time melangkah ke alam perkahwinan. First time menjejaki tanah haram Makkah & Madinah. Takkan ada yang kedua, ketiga....terakhir jika tiada yang pertama. Pengalaman yang pertama lah yang banyak mengajar kita untuk berhadapan dengan perkara yang kedua dan seterusnya. So, hari ini just nak share this is my first time BLOGGING! Dah lama sebenarnya teringin untuk menulis blog. Alhamdulillah, hari ini berjaya create BLOG walaupun layout nya masih banyak perlu improve. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Apa yang bakal di share di blog ini? Semestinya info berkaitan travel, event cycling & running, healthy tips, sewing activity dan banyak lagi. Hopefully, apa yang bakal dikongsikan nanti boleh dimanfaatkan dan menjadi inspirasi b...