Merempit di Sewing Gallery One City
Assalammualaikum w.b.t
Dah dua hari merempit di Sewing Gallery One City. Bukan merempit motor tau, tapi belajar menjahit. Tekan-tekan pedal mesin jahit pun macam rempit jugak! Hehehe...
Alhamdulillah, maka terhasil la lady pouch dan book cover.
Lady pouch ni banyak kegunaannya. Boleh guna untuk letak barang make up, letak alat tulis, telekung travel, letak dompet dan macam-macam lagi la. Buatnya mudah sangat.
Book cover ni terhasil dari jeans terpakai. So, sesiapa yang ada jeans yg dah tak muat ke, koyak atau lusuh, jangan buang tau...macam2 boleh buat dengan kain jeans ni. Kalau nak saya jahitkan pun boleh aja! Dari sepasang seluar jeans saya dapat hasilkan dua book cover. Satu untuk buku nota, satu lagi untuk novel!
Apa yang menariknya bila kita jahit sendiri? Pertama, tentulah kepuasan sebab ianya hasil karya kita. Keduanya, kita boleh pilih apa saja material yang kita suka. Ketiga, boleh ikut bajet kita. Kadang-kadang kita teringin nak pakai ala-ala famous designer brand tapi tak mampu. So, bila jahit sendiri dapat la merasa design seperti the famous brand.
Oklah, sampai sini dulu ceritera rempit kita.
Terima kasih kerana sudi membaca!
It's me,
i-syah laa
Comments
Post a Comment