Kota Damansara Community Forest Reserve

Fuhh!!! Hari ini saya dan suami berkesempatan jungle tracking di Hutan Simpan Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve - KDCF) . Asalnya nak jungle tracking dengan kawan encik suami, alih-alih kawannya tak dapat datang. Jadi kami apa lagi redah saja la. Ikut saja pengunjung-pengunjung yang lain. Kami tiba jam 7.45 pagi, dan ramai jugak yang ada waktu ini. Parking penuh. Semua ambil kesempatan cuti umum sempena Pertabalan Agong hari ini. Bermulalah perjalanan kami dari entrance section 10. Ada entrance lain juga untuk jungle tracking di sini. Cuaca alhamdulillah redup sepanjang perjalanan. Permulaan perjalanan agak santai sebab trek landai dan tak perlu mendaki sangat. Perjalanan agak mencabar apabila laluan trekking terhalang dek pokok tumbang. Bermulalah aksi panjat memanjat. Perjalanan diteruskan dan akan berselisih dengan ramai pengunjung termasuk yang berbasikal off road dan yang ingin pulang. Semuanya peramah belaka dan sentiasa bertegur sapa. Setelah ber...